Pautan Berita

News
Nabil, Irma Nak Bertunang PDF  | Print |  E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 12 January 2010 17:14


Teks oleh Syafiqah Jalal 
Foto Mazlan Photography



KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2009: Ramai peminat sudah maklum, juara Raja Lawak 2 (RL2), Nabil, 27, sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pengacara berbakat, Irma Hasmie, 28.

Ketika ditemui pada pelancaran lagu dan laman sesawang rasmi filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Nabil yang tidak ditemani Irma telah menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan pelakon tersebut pada tahun ini.

"Kami ada merancang untuk bertunang pada 2010 ini. Ia sebagai mengeratkan hubungan percintaan kami. Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, kami akan mengumumkan tarikh pertunangan kami tidak lama lagi. Terus terang, kami mahu bertunang 3 bulan saja dan selepas itu kahwin", katanya dengan ceria.

Last Updated on Tuesday, 12 January 2010 17:15
Read more...
 
Perkahwinan Along Cham dan Zila Seeron di Plaza Angsana PDF  | Print |  E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 12 January 2010 17:10

Nikah 23 Jan, Sanding Di Plaza Angsana

KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2009:
 Selepas puas mencari tarikh sesuai, akhirnya pasangan Along Cham dan Zila Seeron bersepakat memilih 23 Januari ini sebagai hari mereka diijabkabulkan.


Ketika dihubungi oleh murai.com.my petang semalam, Along dalam perjalanan menghantar kad jemputan kahwinnya kepada rakan-rakan dan sanak saudara. 


Pelakon filem komedi Adnan Sempit ini berkata, majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan di rumah Zila serentak dengan persandingan yang bertemakan rona hijau dan hitam.


"Kami akan bernikah dan bersanding pada 23 Januari ini di rumah Zila. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari depan di Johor Bahru," ujar Along.

Last Updated on Tuesday, 12 January 2010 17:16
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 1 of 8