KOTA KINABALU, 13 Feb (Bernama) — Tempoh kursus pra-perkahwinan bagi pasangan beragama Islam perlu dipanjangkan sebagai persediaan kehidupan berumahtangga yang semakin mencabar pada masa kini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Azizah Mohd Dun berkata tempoh dua hari yang diperuntukkan untuk kursus itu oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah terlalu singkat.

“Saya mencadangkan agar kursus ini dipanjangkan dengan pengisian kursus dikaji semula supaya sesuai dengan permintaan dan cabaran sosial semasa.

“Ini langkah yang perlu kita ambil, apatah lagi dengan pelbagai gejala sosial yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keluarga Sakinah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri di sini Ahad.

– BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=563431

Post comment

Mengenai Kami

Tempahan call/sms +6019-2876979. Kursus kahwin di Kompleks Kejiranan Presint 16, berdekatan Alamanda, stesen PETRONAS, auditorium yang cukup selesa dan kemudahan surau. Hidangan penuh 4 kali termasuk makan tengahari.

Tag Cloud

Terbaru

Like Box

Iklan

jentayudesign
Gubahan Hantaran

Links

Kami akan menambah link ke website anda jika anda ada menyebut mengenai Al Shahir di website, blog, twitter anda. Klik di sini untuk beritahu kami.

Kahwin

Pautan Al Shahir

Tweet @iKahwin

PHOTOSTREAM

Kursus Kahwin 4 dan 5 July P1010255P2070535P2070536P2070538P2070541P2070543